About Me

My photo
was born on 1992*a year older every august 13*born and grow up at kuala lumpur*lovelife at princess's lake town:) *i'm juz a simple gurl*not perfect,not pretty*sometimes become lazy,crazy,noty and ect :)*lurve family and fren specially the person that important in my life*

Followers

message :)

Zulaikha. Powered by Blogger.

Saturday 14 January 2012

I Love Them !

Assalamualaikum..
dah lama rasanya tak update blog , berhabuk dah pun..
tiba2 mood rasa rindu sangat zaman sekolah dulu..
rindu pada kawan2, huhuhu..

 http://www.emocutez.com

This is one of person that i'm really miss




comel tak? nama dia Fazlyana Md Rosly.
Inilah kawan kembar saya masa kat sekolah dulu.. hehe
kenapa cakap kitaorang kembar?  Ha, nak habaq la ni..
kitorang digelar kembar @ sama maksud dengan belangkas sebabnya kami sentiasa bersama dan nak semua benda sama. Kalau kat sekolah dulu , dari jauh orang dah tau yang pakai baju Purple dan beg sekolah Pink   tak lain tak bukan, kami la orangnya..
Banyak sangat suka duka kami kongsi bersama.
 Dari pagi dalam kelas sampai la balik sekolah , berkepit jelah.Tak cukup dengan tu, petang kitaorang akan bersia-sia di taman.. pendek cakap 24 hour la melekat.
Awak tau tak faz,i'm really miss our past memories..
belajar mathematics dengan "mak" saya. hehe.. *paling tak boleh lupe.


Then, i'm miss that girl



Yang ni pun comel jugak.. namanya Farhana Nazartul Amira Amran.
cantik nama macam orangnya jugak kan? hehe..
ni pun kawan baik saya , tapi kat sekolah dulu takde la sampai melekat 24 hour.
kami selalu study bersama *kat tempat tusyen la.ngeeee ~ dan kami terus semakin rapat masa sekolah form 6 yang seketika.
nak tau kenapa sekejap je kami masuk form 6? sebabnya kami lari masuk politeknik.
Malangnya kami tak sama politeknik, terpisah disitu. huhuhu.. Tapi bila cuti je kami akan cari peluang untuk berjumpa.
Yelah, kawan kembar saya faz yang diatas tadi dah masuk UiTM kat Kedah.
Tak sama cuti, jadi bila cuti kami berdua jela yang sama..
dan banyak jugak la kami telah kongsi kan kisah suka duka bersama, huhuhu..


Lastly, this guy..



Hensem tak? single lagi ni.. namanya Mohd Azizan Ismail. haha. takde la just kidding..
Ni satu2nya kawan baik lelaki saya masa kat sekolah dulu.
dengan budak2 lelaki lain pun kawan baik jugak, tapi si zizan ni la yang paling rapat rasanya.
rapat la sangat, sampai kena jadi bahan gosip.. Ish, kesiann..
Habis, nak buat macam mana kitaorang dah rapat. Yelah, dari form 1 sampai form 5 kitaorang satu kelas.
dalam banyak2 kawan lelaki, si zizan ni la yang banyak tau kisah suka duka saya.
selain tu, selalu jugak la dia kena membebel dengan saya.. haha. * jahat betul saya ni..
Kitaorang ni otak kadang2 gila sikit.. kalau dah dapat borak, entah sampai mana melalut2nya.
Ada je benda yang nak jadikan lawak dan bahan ketawa dalam perbualan. haha.



# Mereka bertiga inilah yang telah banyak mewarnai kehidupan saya..
walauapa pun berlaku saya harap kami semua tetap akan menjadi kawan baik ye..


Nilai Sebuah Persahabatan


tidak akan cair di musim PANAS,
tidak akan beku di musim SEJUK,
tidak akan gugur di musim LURUH,
tapi ia akan sentiasa mekar
walaupun bukan di musim BUNGA.



http://www.emocutez.com

Sunday 8 January 2012

Pesan Pada Hati


Pesan Pada Hati..
Jangan terlalu menyayangi,
Kerana bimbang hati akan lebih disakiti..

Pesan Pada Hati..
Jangan terlalu membandingi,
Terimalah dia seikhlas hati,
Kerana dia punya jalan tersendiri..

Pesan Pada Hati..
Kalau rindu jangan ditangisi,
Kerana hadirnya dia untuk mengisi kekosongan hati..

Pesan Pada Hati..
Jangan mengharap pada yang tak pasti,
Kerana kelak kau akan tercari-cari..

Pesan Pada Hati..
Andai kelak bukan dia di sisi,
Ikhlaskan hati untuk biarkan dia pergi



* p/s :  Sebelum Kita Mencintai Seseorang

Pesan pada DIRI
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti. kerna sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
kerna sekali kau dilukai, sampai bila-bila kau tetap ingat..
Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati,
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa nilainya sekeping HATI..