About Me

My photo
was born on 1992*a year older every august 13*born and grow up at kuala lumpur*lovelife at princess's lake town:) *i'm juz a simple gurl*not perfect,not pretty*sometimes become lazy,crazy,noty and ect :)*lurve family and fren specially the person that important in my life*

Followers

message :)

Zulaikha. Powered by Blogger.

Friday 15 June 2012

Thanks make me happy

Hari ni saya balik rumah lagiii.. hehehehe
tu pun nak cerita kat orang.. tak habis2 dengan balik rumah.. padahal dua minggu lepas baru je balik.. hahahahah..
rumah tercinta mana boleh tinggal.. kena balik selalu, homesick la kata kan...
yes! memang saya sanggup selalu balik rumah daripada bosan duduk di PMM..
http://www.emocutez.com

refer to my title.. " Thanks make me happy "
siapakah yang telah berjaya membuat saya gembira ni..
Ehemm.., siapa lagi si dia la..
Hmm, saya pun tak tau macam mana nak cakap...tapi awak selalu berusaha nak buat saya happy kan..?
awak buat lawak, nak buat saya ketawa..sebab apa erkk??
firstly, awak selalu nak tau saya tengah buat apa, kat mana..take care la kata kan..huhuhuhu ~
kadang2 saya rasa rimas jugak..masa mula2 tula..
lepas tu setiap kali apa yang awak nak buat mesti awak akan call tak pun msg saya bagitau..
masa tu dalam hati.. " aishhh, pelik pulak aku dengan dy ni.. aku bukan gf dy pun nak bagitau tengah buat apa, nak pergi mana... "
Akhirnya terjawab la persoalan tu yang sememangnya awak dah jatuh hati kat saya..dan awak pun dah curi hati saya.. Tahniah kerana dah berjaya mencuri hati saya.. hehehe !!
http://www.emocutez.com

thanks jugak sebab hari tu dah bawa saya jalan2 keluar tengok wayang citer Madagascar 3..
hahahaha.., kelakar citer tu, macam budak2 je tengok citer cartoon.. tapi best !! saya happy..
lepas tu balik rumah sama-sama tadi , awak siap nyanyi2 lagu kat saya lagi.. hehehe..

Awak selalu cakap yang awak sayang sangat2 kat saya.. awak suka kat saya, awak nak jaga saya sepenuh hati awak.. saya tau awak ikhlas cakap semua tu kat saya..tapi macam yang saya pernah cakap saya tak nak berharap.. kalau ada jodoh kita, ada la..kalau tak ada redha jela.. maafkan saya sebab saya tak mampu jadi yang terbaik untuk awak..

Apa2 pun saya nak bagitau yang saya pun sayang kat awak.. cuma saya malu nak cakap..huhuhuhu..
http://www.emocutez.com
the final of the storynya..
zulaikha is taken by fareez shafiq

Tuesday 17 April 2012

Realiti Hatiku

Alhamdulillah, akhirnya pada hari ini 17 April 2012 jam 8.30 ~ 11.30 pagi saya telah selamat menjalani Exam Computerised Accounting System (UBS). Lega rasanya dah lepas exam ni.. beban dalam kepala pun dah kurang sikit..

Now, just focus on final exam paper ;
Company Law, 23 April 2012, 11.15 ~ 1.15
Financial Accounting, 26 April 2012, 8.30 ~ 10.30
Cost Accounting, 2 May 2012, 8.30 ~ 10.30

Actually, dalam menjalani hari2 exam yang bakal menjelang tiba ni.. hati saya masih terluka.. Ya, terluka kerana seseorang yang cukup membuatkan hidup saya menderita.. dah deactivated facebook pun masih nak teringat? p/s: deactivated facebook untuk sementara sebab nak jauhkan diri dari seseorang yang membuatkan saya sedih dan selalu ingat dia masa nak online facebook.. huhuhu ~ 


tak tahu macam mana nak cakap.. urmm, sebenarnya saya baru terlihat sesuatu yang membuatkan hati ini tersentak..
http://www.emocutez.com

 Entah macam mana boleh tertengok.. "tak payah nak salahkan orang lain, tangan tu sendiri yang gatal nak godek2, kan dah terjumpa benda yang tak sepatutnya.. padan muka !!
http://www.emocutez.com *cakap kat diri sendiri 


Ya Allah, berikanlah daku kekuatan untuk menjalani liku2 kehidupan ini.. tabahkan hatiku.. Engkau redhailah hatiku atas segala hikmah yang engkau berikan ini.. Titipkanlah rasa kebahagiaan dalam hatiku..dan kurniakanlah daku kejayaan di dunia dan di akhirat.. Ampunilah juga segala dosa2 kedua ibubapaku , tempatkanlah mereka dalam kalangan orang2 yang beriman.. serta jadikanlah daku seorang anak yang solehah..

What have been happen I must to be strong !
Yeahh, I can do it !!
Insyaallah, Aminn.. Aminn Ya Rabbal Alaminn...

Monday 9 April 2012

~ Kesibukan Melanda ~

Assalamualaikum, wahh.. sedar tak sedar dah lebih sebulan rupanya tak update blog ni..
dengan beberapa masalah jiwa yang mengganggu hidup , membuatkan saya malas untuk aktif di dunia siber..

* entah apa benda yang saya merepek ni...   http://www.emocutez.com

Sebenar minggu ni saya busy sangat... sampai la final exam nanti.. tapi tangan gatal2 nak update blog jugak..
ni tugasan yg perlu diselesaikan dalam minggu ini :
Rabu
# kuiz + RJ Cost Accounting ( bab 4, jam 10 pagi)
# kuiz Financial Accounting 2
# test Company Law (2.00 ptg)
# test Tamadun Islam (8.30 mlm)

Khamis
# test Cost Accounting (bab 2.1, 2.3, 2.4)
# Taklimat UBS di DKJP (8.30-9.30 mlm)

Jumaat
# test Accounting (contract)
# Taklimat Exam ( Dewan Platinum, 2.30-4.30 ptg)


# test SAGE - 17 or 18 April 2012
# test Soft Skills - On the way !!
# test UBS 2 - Coming Soon !!

Nak baca pun dah penat apatah lagi nak melaluinya... http://www.emocutez.comhuh, fuhh ~

Arghh !!... dah nak jadi stress macam ni  http://www.emocutez.com rasanya..


Hah ! sudah.. stop merungut zulaikha.. !!
You must be strong and focus to the exam.. like this..  http://www.emocutez.com
Yes ! Final exam around the corner !! must get 3.00 pointer and above..

Thursday 1 March 2012

Yang Terakhir Kali

29 Februari 2012
merupakan hari yang tak mungkin ku lupakan..
bertahun-tahun hidupku menderita , segalanya ku pendam ,
akhirnya ku membuat kepuatusan untuk meluahkan segalanya..
Ya Allah , sungguh lemah diri ini .. tak terdaya untukku lakukan..
untukku teruskan kehidup ini seperti insan lain..
namun kata-kata semangat dari emak telah membakar jiwaku untuk terus maju ..

Ya Allah ,
Ampunnilah segala dosa-dosaku , dosa-dosa kedua ibubapa ku.. Dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sejak dari kecil lagi..

Ya Allah ,
Berikanlah ku kekuatan , berikanlah ku petunjuk-Mu
untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang sementara ini..
Dan redha dengan semua dugaan dari-Mu
ku pasrahkan segalanya pada-Mu..
Sesungguhnya engkau sedang mengatur apa yang terbaik untukku..
~ Aminn Ya Rabbal Alamin ~

Monday 27 February 2012

Hati Seorang Wanita

# Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...
*****************************************************************


Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu.
Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat. Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu.


Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!! Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya. Dan setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal.


Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya.


Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya. Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan berdosa seperti kamu.


Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya.
Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!

Tuesday 7 February 2012

Bila Dia Bukan Untuk Ku


Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku akan doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
" kerana ALLAH lebih tahu.."

Saturday 14 January 2012

I Love Them !

Assalamualaikum..
dah lama rasanya tak update blog , berhabuk dah pun..
tiba2 mood rasa rindu sangat zaman sekolah dulu..
rindu pada kawan2, huhuhu..

 http://www.emocutez.com

This is one of person that i'm really miss




comel tak? nama dia Fazlyana Md Rosly.
Inilah kawan kembar saya masa kat sekolah dulu.. hehe
kenapa cakap kitaorang kembar?  Ha, nak habaq la ni..
kitorang digelar kembar @ sama maksud dengan belangkas sebabnya kami sentiasa bersama dan nak semua benda sama. Kalau kat sekolah dulu , dari jauh orang dah tau yang pakai baju Purple dan beg sekolah Pink   tak lain tak bukan, kami la orangnya..
Banyak sangat suka duka kami kongsi bersama.
 Dari pagi dalam kelas sampai la balik sekolah , berkepit jelah.Tak cukup dengan tu, petang kitaorang akan bersia-sia di taman.. pendek cakap 24 hour la melekat.
Awak tau tak faz,i'm really miss our past memories..
belajar mathematics dengan "mak" saya. hehe.. *paling tak boleh lupe.


Then, i'm miss that girl



Yang ni pun comel jugak.. namanya Farhana Nazartul Amira Amran.
cantik nama macam orangnya jugak kan? hehe..
ni pun kawan baik saya , tapi kat sekolah dulu takde la sampai melekat 24 hour.
kami selalu study bersama *kat tempat tusyen la.ngeeee ~ dan kami terus semakin rapat masa sekolah form 6 yang seketika.
nak tau kenapa sekejap je kami masuk form 6? sebabnya kami lari masuk politeknik.
Malangnya kami tak sama politeknik, terpisah disitu. huhuhu.. Tapi bila cuti je kami akan cari peluang untuk berjumpa.
Yelah, kawan kembar saya faz yang diatas tadi dah masuk UiTM kat Kedah.
Tak sama cuti, jadi bila cuti kami berdua jela yang sama..
dan banyak jugak la kami telah kongsi kan kisah suka duka bersama, huhuhu..


Lastly, this guy..



Hensem tak? single lagi ni.. namanya Mohd Azizan Ismail. haha. takde la just kidding..
Ni satu2nya kawan baik lelaki saya masa kat sekolah dulu.
dengan budak2 lelaki lain pun kawan baik jugak, tapi si zizan ni la yang paling rapat rasanya.
rapat la sangat, sampai kena jadi bahan gosip.. Ish, kesiann..
Habis, nak buat macam mana kitaorang dah rapat. Yelah, dari form 1 sampai form 5 kitaorang satu kelas.
dalam banyak2 kawan lelaki, si zizan ni la yang banyak tau kisah suka duka saya.
selain tu, selalu jugak la dia kena membebel dengan saya.. haha. * jahat betul saya ni..
Kitaorang ni otak kadang2 gila sikit.. kalau dah dapat borak, entah sampai mana melalut2nya.
Ada je benda yang nak jadikan lawak dan bahan ketawa dalam perbualan. haha.



# Mereka bertiga inilah yang telah banyak mewarnai kehidupan saya..
walauapa pun berlaku saya harap kami semua tetap akan menjadi kawan baik ye..


Nilai Sebuah Persahabatan


tidak akan cair di musim PANAS,
tidak akan beku di musim SEJUK,
tidak akan gugur di musim LURUH,
tapi ia akan sentiasa mekar
walaupun bukan di musim BUNGA.



http://www.emocutez.com

Sunday 8 January 2012

Pesan Pada Hati


Pesan Pada Hati..
Jangan terlalu menyayangi,
Kerana bimbang hati akan lebih disakiti..

Pesan Pada Hati..
Jangan terlalu membandingi,
Terimalah dia seikhlas hati,
Kerana dia punya jalan tersendiri..

Pesan Pada Hati..
Kalau rindu jangan ditangisi,
Kerana hadirnya dia untuk mengisi kekosongan hati..

Pesan Pada Hati..
Jangan mengharap pada yang tak pasti,
Kerana kelak kau akan tercari-cari..

Pesan Pada Hati..
Andai kelak bukan dia di sisi,
Ikhlaskan hati untuk biarkan dia pergi



* p/s :  Sebelum Kita Mencintai Seseorang

Pesan pada DIRI
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti. kerna sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
kerna sekali kau dilukai, sampai bila-bila kau tetap ingat..
Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati,
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa nilainya sekeping HATI..