About Me

My photo
was born on 1992*a year older every august 13*born and grow up at kuala lumpur*lovelife at princess's lake town:) *i'm juz a simple gurl*not perfect,not pretty*sometimes become lazy,crazy,noty and ect :)*lurve family and fren specially the person that important in my life*

Followers

message :)

Zulaikha. Powered by Blogger.

Monday, 27 February 2012

Hati Seorang Wanita

# Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...
*****************************************************************


Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu.
Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat. Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu.


Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!! Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya. Dan setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal.


Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya.


Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya. Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan berdosa seperti kamu.


Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya.
Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!

Tuesday, 7 February 2012

Bila Dia Bukan Untuk Ku


Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku akan doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
" kerana ALLAH lebih tahu.."

Saturday, 14 January 2012

I Love Them !

Assalamualaikum..
dah lama rasanya tak update blog , berhabuk dah pun..
tiba2 mood rasa rindu sangat zaman sekolah dulu..
rindu pada kawan2, huhuhu..

 http://www.emocutez.com

This is one of person that i'm really miss




comel tak? nama dia Fazlyana Md Rosly.
Inilah kawan kembar saya masa kat sekolah dulu.. hehe
kenapa cakap kitaorang kembar?  Ha, nak habaq la ni..
kitorang digelar kembar @ sama maksud dengan belangkas sebabnya kami sentiasa bersama dan nak semua benda sama. Kalau kat sekolah dulu , dari jauh orang dah tau yang pakai baju Purple dan beg sekolah Pink   tak lain tak bukan, kami la orangnya..
Banyak sangat suka duka kami kongsi bersama.
 Dari pagi dalam kelas sampai la balik sekolah , berkepit jelah.Tak cukup dengan tu, petang kitaorang akan bersia-sia di taman.. pendek cakap 24 hour la melekat.
Awak tau tak faz,i'm really miss our past memories..
belajar mathematics dengan "mak" saya. hehe.. *paling tak boleh lupe.


Then, i'm miss that girl



Yang ni pun comel jugak.. namanya Farhana Nazartul Amira Amran.
cantik nama macam orangnya jugak kan? hehe..
ni pun kawan baik saya , tapi kat sekolah dulu takde la sampai melekat 24 hour.
kami selalu study bersama *kat tempat tusyen la.ngeeee ~ dan kami terus semakin rapat masa sekolah form 6 yang seketika.
nak tau kenapa sekejap je kami masuk form 6? sebabnya kami lari masuk politeknik.
Malangnya kami tak sama politeknik, terpisah disitu. huhuhu.. Tapi bila cuti je kami akan cari peluang untuk berjumpa.
Yelah, kawan kembar saya faz yang diatas tadi dah masuk UiTM kat Kedah.
Tak sama cuti, jadi bila cuti kami berdua jela yang sama..
dan banyak jugak la kami telah kongsi kan kisah suka duka bersama, huhuhu..


Lastly, this guy..



Hensem tak? single lagi ni.. namanya Mohd Azizan Ismail. haha. takde la just kidding..
Ni satu2nya kawan baik lelaki saya masa kat sekolah dulu.
dengan budak2 lelaki lain pun kawan baik jugak, tapi si zizan ni la yang paling rapat rasanya.
rapat la sangat, sampai kena jadi bahan gosip.. Ish, kesiann..
Habis, nak buat macam mana kitaorang dah rapat. Yelah, dari form 1 sampai form 5 kitaorang satu kelas.
dalam banyak2 kawan lelaki, si zizan ni la yang banyak tau kisah suka duka saya.
selain tu, selalu jugak la dia kena membebel dengan saya.. haha. * jahat betul saya ni..
Kitaorang ni otak kadang2 gila sikit.. kalau dah dapat borak, entah sampai mana melalut2nya.
Ada je benda yang nak jadikan lawak dan bahan ketawa dalam perbualan. haha.



# Mereka bertiga inilah yang telah banyak mewarnai kehidupan saya..
walauapa pun berlaku saya harap kami semua tetap akan menjadi kawan baik ye..


Nilai Sebuah Persahabatan


tidak akan cair di musim PANAS,
tidak akan beku di musim SEJUK,
tidak akan gugur di musim LURUH,
tapi ia akan sentiasa mekar
walaupun bukan di musim BUNGA.



http://www.emocutez.com

Sunday, 8 January 2012

Pesan Pada Hati


Pesan Pada Hati..
Jangan terlalu menyayangi,
Kerana bimbang hati akan lebih disakiti..

Pesan Pada Hati..
Jangan terlalu membandingi,
Terimalah dia seikhlas hati,
Kerana dia punya jalan tersendiri..

Pesan Pada Hati..
Kalau rindu jangan ditangisi,
Kerana hadirnya dia untuk mengisi kekosongan hati..

Pesan Pada Hati..
Jangan mengharap pada yang tak pasti,
Kerana kelak kau akan tercari-cari..

Pesan Pada Hati..
Andai kelak bukan dia di sisi,
Ikhlaskan hati untuk biarkan dia pergi



* p/s :  Sebelum Kita Mencintai Seseorang

Pesan pada DIRI
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti. kerna sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
kerna sekali kau dilukai, sampai bila-bila kau tetap ingat..
Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati,
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa nilainya sekeping HATI..

Thursday, 29 December 2011

Doa Seorang Kekasih

dengan nama Allah yang maha pengasih , lagi maha penyayang..

Ya Allah ,
Seandainya engkau catatkan
dia milik ku, tercipta buatku.. satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan diantara kami.. agar kemesraan itu kekal abadi..

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi ,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.. ketepian yang sejahtera dan abadi..
maka jodohkanlah kami..

tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku.. bawalah dia jauh dari pandanganku..
luputkanlah dia dari ingatanku.. dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti ,
Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang Tercinta ,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah ,
Cukuplah engkau saja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat,
dengarlah rintihan hambamu yang daif ini..
janganlah engkau biarkan aku bersendirian..
di dunia ini mahupun di akhirat ,
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
agar aku dan dia bersama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah ,
Berilanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Amin, amin, amin.. Ya Rabbal 'aalamin..

# cinta yang sejati hanyalah pada maha pencipta yang telah mencipta kita sekian umat

Saturday, 24 December 2011

Broken Heart

26 Ogos 1991...

Telah lahir pada hari itu seorang lelaki yang telah banyak melukakan saya, juga merosakkan kehidupan saya.
Meninggalkan satu titik hitam yang sangat besar dalam kehidupan saya. Dan dia tidak pernah pula merasa sesal, jauh sekali meminta maaf kepada saya..

Dirinya..
telah saya serahkan kepada Allah SWT untuk diadili
Sesungguhnya Allah SWT itu, bersama orang-orang yang dizalimi dan dianiayai.
Semoga ada pengajaran buatnya di atas dunia,
dan balasan di akhirat sana.

................................

Dia ada baiklah juga
Bagi pahala pada saya dengan caciannya..
huhuhu.. http://www.emocutez.com

Thursday, 15 December 2011

Saya Mahu Berubah :)

kenapa la agaknya dengan diri ni ye..?
Itulah yang sedang di fikirkan sekarang , saya mahu berubah..
kenapa nak berubah pulak? nak berubah mcm mana tu?
jahat sangat ke diri ni?

Haa, saya ni takde la jahat mana pun.. tapi mengaku jugak diri ni memang jahat, huhuhu..

Nak story sikit kenapa saya nak berubah ni..
Actually, dulu saya memang seorang yang cepat marah, ego tinggi.. pendiam.. pendiam sangat..pendek cakap langsung tak ambik tau pasal orang la.. buat hal diri sendri je..

macam gambar kat atas ni.. Always alone =(

sampaikan kawan sendiri pun cakap saya sombong.. saya tak sombong pun sebenarnya , tapi sikap diri ni dah memang tunggu orang sapa *(tegur) dulu, baru la nak mesra dengan orang..huhuhuh..

Tapi tu dulu..dan diri saya tiba-tiba berubah kerana cinta.. WHAT!?  hebat sangat ke cinta tu sampai boleh buat seseorang berubah.. Alah..,tersentuh soal cinta pulak.. Okay la.., story sikit tentang cinta saya tu..
                                                     http://www.emocutez.com

Mula-mula tak sangka pun nak bercinta2 ni..buang masa je..
Alkisah bermula hampir pertengahan tahun 2007, masa ni saya form 3.. budak baik, cikgu cakap semua dengar.. satu hari cikgu mintak budak2 ahli kelab briged alam sekitar tunggu lepas balik sekolah.. tunggu punya tunggu, rupa2nya nak suruh berlakon.. *sumpah menyesal ! (dalam hati..)  Ish,nak kena berlakon depan menteri pulak..nak gugur jantung..hahaha..  so, berlakon la..dan tak lama lepas tu tiba-tiba dapat tau sorang mamat ni ada hati kat saya pulak.. =,='  bermulalah  First Love saya..huhuhu..



Inilah ahli-ahli kelab briged alam sekitar..


kenangan bersama kawan2 :)


Then, ini la barisan pelakon2 "Jeritan Batinku"

Agaknya kalau sekali tengok pic kat atas ni pun macam dapat tau je kan siapa orang tu.. hmmm..

kisah percintaan yang pada permulaannya semua indah.. macam mana entah diri ni boleh berubah, dari pendiam jadi peramah *(sikit jela).. pastu muka yang orang duk cakap sombong2 ni boleh jadi manis pulak.. tersenyum sana sini.. *(gilaa kott diri ni)  hahaha.. saya sendiri tak sedar.. Yelah, dah berubah, hati berbunga-bunga.. tak mudah marah2 lagi.. ego pun tak tau mana hilangnya.. hebat betul Power of Love tu.. !
                                                     http://www.emocutez.com

Tapi tak lama pun bertahan episod cinta saya ni..
Lama kelamaan semuanya berubah.. dah macam2 masalah dan dugaan melanda.. asyik bergaduh je.. si dia pun dah mula bertaut hati pada orang lain.. yang tu boleh diterima lagi..tapi bila dah banyak kali diri ini di khianati..hati yang berdarah ni siapa la yang nampak.. dia hanya cari saya bila perlu.. sedihhh..huhuhu.. dah banyak peluang bagi pun dia tetap macam tu.. hancur semua harapan, cita-cita dan impian saya bersama awak dulu ! Padahal saya betul2 seikhlas hati terima awak.. walaupun saya tau awak tak perfect macam orang lain..

saya selalu dimarahi macam ni..http://www.emocutez.com dan selalu kena mengalah.. http://www.emocutez.com  huhuhuhu....


Walau bagaimanapun saya tetap sayang dia.. saya sedar, diri saya ni pun ada kekurangannya juga.. mungkin saya masih belum dapat jadi yang terbaik untuk dia..  Andai kata dia sudah tak perlukan saya lagi, saya redha kalau itu telah tertulis sebagai takdir.. yang pasti saya masih tak dapat lupakan dia.. mungkin ia mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan atau seumur hidup saya akan tetap ingat dia..
* ( meski aku takkan pernah bisa lagi melihat mu.. cinta ini takkan hilang sampai matikan ku simpan )


Then now..saya nak cari kekuatan..semangat !! mungkin kerana kelembutan hati ni membuatkan keegoan dia tinggi bila dengan saya.. Lepas ni saya dah takkan berlembut dengan sesiapa pun.. terutamanya lelaki.!! saya nak jadi macam dulu..nak marah2 orang, ego tinggi..dan saya takkan bagi peluang untuk siapa pun lukakan hati ni.. mesti jaga hati sendri dulu..
Ye, Saya Mahu Berubah !!

                                                    http://www.emocutez.com