About Me

My photo
was born on 1992*a year older every august 13*born and grow up at kuala lumpur*lovelife at princess's lake town:) *i'm juz a simple gurl*not perfect,not pretty*sometimes become lazy,crazy,noty and ect :)*lurve family and fren specially the person that important in my life*

Followers

message :)

Zulaikha. Powered by Blogger.

Sunday 4 December 2011

coretan untuk "DIA"

Malam masih muda,
Namun kedinginan sudah terasa,
Ku cuba menggapai secebis selimut kasih darimu,
Namun aku sering gagal dlm usahaku..

Ku dengar deruan pantai,
Jauh di sudut hati ini ku mengintai,
Namun segalanya kosong,
Ku cuba membina ruang dihatimu,
Untuk kita bersama lagi,
Namun yg ada hanyalah titisan airmata..

Perjalanan cinta kita semakin sunyi,
Tiupan angin semakin kencang,
Merapuhkan dedaun yg kering,
Ah.,betapa kejamnya..

Ku cuba menahan,
Namun hanya sembilu menusuk hati ini,
Merobek setiap pembulu darahku,
Hingga aku terdampar di dunia yg lain,
Kau sungguh kejam..

Mengapa tak saja kau katakan,
Mengapa tak saja kau ungkapkan,
Mengapa kau biarkanku menunggumu,
Mengapa kau biarkanku mengharap,
Kau biarkan aku di alam permainanmu,
Yg penuh dengan ranjau kepedihan..

Sayang...
Ketika kau bangun dari sandiwaramu,
Ketika itu kau akan sedar ketulusan cintaku,
Ketika itu juga kau akan tahu erti cinta sebenar,
Cinta agung yg kau hiris dengan belati tajam mu,
Cinta suci yg kau takkan temui lagi,
Cinta yg telah pergi buat selamanya,
Kerna mulai saat ini aku akan pergi jauh darimu..

Selamat tinggal sayangku,
Ku relakan cinta kita berakhir sampai disini..

 sebenarnya sy rindukan awk Amal :'( tapi segalanya hancur kerana sikap dan keegoan awk

No comments:

Post a Comment